Wednesday, August 09, 2006

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya
Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda
Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan
Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan
malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,
yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di
hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu
syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah
di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai
di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang
telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada
umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab
dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa
pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap
sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,
dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta
ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku
ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan
tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi
ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah
jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu
dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,
pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan
berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan
dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

semoga kita sama2 m'dpt manfaat....
wassalam

Thursday, April 13, 2006

Ilmu, pemudahkan komunikasi. sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w,"Kebijaksanaan itu adalah sesuatu barang tercicir (yang hilang) bagi orang-orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menjumpainya, maka hendaklah ia mengambilnya.

Wednesday, April 12, 2006

9/10 Rezeki Dalam Perniagaan
oleh: Irfan Khairi


Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Namun, apakah cara paling cepat untuk mencapai kekayaan?

Jawapannya amat mudah- perniagaan! Jikalau kita menyemak orang-orang kaya di dunia, hampir semua menjadi kaya melalui perniagaan. Apa yang dikatakan 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan adalah amat tepat. Seseorang yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur RM5,000 mungkin akan mendapat pulangan 20-30% dari jumlah pelaburan. Namun, seseorang yang bijak dalam perniagaan apabila melaburkan RM5,000 dalam perniagaan sendiri akan mendapat pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda dari pelaburan tersebut.

Oleh itu, cara paling cepat untuk mencapai kekayaan adalah melalui perniagaan. Amat sukar bagi mereka yang kerja makan gaji mencapai kekayaan dengan cepat. Walaubagaimana pun, usah risau jikalau anda bekerja makan gaji. Pesan seorang kawan saya, jutawan Cina berbunyi: "Apa yang kita buat dari pukul 9.00-5.00 di pejabat adalah untuk menampung hidup kita... untuk menjadi kaya, ianya adalah apa yang kita buat selepas pukul 5.00 petang"

Terdapat berbagai-bagai cara memulakan perniagaan secara part-time dari membuka gerai dan berniaga kecil-kecilan, melakukan perniagaan di Internet, memberi tuisyen kepada pelajar, membuat jualan langsung dan sebagainya. Peluang perniagaan ada di merata-rata tempat. Anda cuma perlu peka dengan permintaan sesuatu produk ataupun perkhidmatan di sekeliling anda.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, anda perlu menimba ilmu secukupnya. Anda tidak perlu mencipta cara berniaga baru- apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam sesuatu perniagaan tersebut. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya, anda tidak akan tersasar dari jalan menuju kekayaan!

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi


--------------------------------------------------------------------------------

Irfan Khairi adalah penulis buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar" dan speaker dalam bidang membina kekayaan & kejayaan. Untuk Maklumat lanjut, sila lawati www.rahsiainternet.com dan www.irfankhairi.com
Hati tidak akan lurus, sehingga lurus lidah
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Tidak lurus (istiqamah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.” (Hadis riwayat Ahmad).

Friday, March 31, 2006

Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.
~~ Frank Outlaw

Thursday, March 23, 2006

Tipu daya manusia menurut Imam Syafie

IMAM Al-Syafie berkata, dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.

Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Katanya lagi, barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.

“Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya pahala.”

Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat,” katanya.

Mengenai tipu daya manusia, imam Al-Syafie berkata:

“Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

“Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

“Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.”

Dalam memberi panduan mengenai tempat menggantungkan harapan, Al-Syafie berkata, apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup atau selepas mati.

Wednesday, March 22, 2006

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat

Teman ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.
Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
· Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.
· Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
· Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya rodazaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
· Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Tuesday, March 14, 2006

Hukum Sambutan "HARI VALENTINE".
Tarikh: Friday, January 27 @ 15:58:35 CST
Topik: Artikel

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas baginda Muhammad s.a.w., kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Allah telah memilih Islam bagi kita sebagai agama kita dan Dia tidak akan menerima mana-mana agama lain dari sesiapapun, sebagai mana Dia berfirman (yang bermaksud):-

“Dan sesiapa yang mencari agama lain selain dari Islam, ia tidak akan sesekali diterima oleh-Nya, dan kelak di akhirat dia akan termasuk di dalam golongan orang-orang yang rugi” [Aal ‘Imran 3:85]

Dan baginda Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan kepada kita bahawa sekumpulan ummatnya akan mengikuti musuh-musuh Allah di dalam sebahagian adat dan upacara mereka, dan dikhabarkan di dalam hadith riwayat Abu Sa’eed Al-Khudri r.a., yang meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda: “Kamu semestinya akan mengikuti jalan- jalan mereka yang datang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, hasta demi hasta, sehingga ketika mereka memasuki lubang biawak, kamu akan mengikuti mereka.” Kami berkata, “Ya Rasulullah, (adakah tuan maksudkan) Yahudi dan Kristian?” Baginda bersabda, “Adakah sesiapa lagi?!”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam al-I’tisaam bi‘l-Kitaab wa’l-Sunnah, Baab Qawl al-Nabi s.a.w. La tattabi’unna Sanan man kaana qablakum, 8/151; dan oleh Muslim di dalam Kitaab al-‘Ilm, Baab Ittibaa’ Sanan al-Yahood wa’l- Nasaara, 4/2054)

Apa yang diperkatakan oleh Nabi s.a.w. telah menjadi kenyataan dan amat meluas pada masakini, di dalam kebanyakan negara Islam. Ramai dari kalangan orang Islam mengikuti jalan musuh Allah di dalam adat dan cara hidup mereka, dan meniru mereka di dalam sesetengah upacara dan menyambut hari kebesaran mereka.

Perkara ini menjadi kian teruk dengan pendedahan media massa di kalangan orang ramai, di mana upacara dan adat orang-orang kafir disalurkan dengan bunyi- bunyian dan imej-imej dari negara-negara mereka ke dalam negara-negara Islam, menerusi TV satelit dan World Wide Web (Internet). Kebanyakan orang Islam telah terpengaruh dengan mereka.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, suatu fenomena baru telah meluas di kalangan remaj Islam-samada lelaki atau perempuan-yang tidak memberikan petanda yang baik. Ini ditunjukkan dengan meniru orang-orang Kristian di dalam menyambut Hari Valentine, yang telah membuatkan para ulama’ dan pendakwah menerangkan garisan syariat berkenaan perkara ini, ikhlas demi Allah, utusan-Nya, para pemimpin Islam, agar orang-orang Islam mempunyai kefahaman yang terang dan jelas berkenaan isu ini dan supaya mereka tidak terjatuh ke dalam kerosakan Aqidah yang telah Allah kurniakan ke atas mereka.

Ini adalah penerangan ringkas tentang asal-usul, perkembangan dan tujuan sambutan ini, dan tindakan yang seharusnya diambil oleh orang-orang Islam berkenaan dengannya.

Kisah Festival Cinta

Festival Cinta adalah salah satu dari festival-festival orang-orang pagan Rom, ketika paganism adalah agama yang tersebar luas lebih 17 abad yang lalu. Di dalam konsep pagan Rom, ia adalah luahan “cinta spiritual”.

Terdapat mitos-mitos yang dikaitkan dengan festival pagan Rom ini, persis orang- orang Kristian. Antara mitos yang paling tekenal adalah suatu kepercayaan orang- orang Rom bahawa Romulus, pengasas Rom, telah disusukan pada suatu hari oleh serigala betina, yang memberikan beliau kekuatan dan kebijaksanaan.

Orang-orang Rom telah menyambut perayaan ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan festival besar-besaran. Salah satu upacara festival ini adalah pengorbanan seekor anjing dan seekor kambing. Dua remaja yang kuat dan sasa akan melumurkan darah anjing dan kambing tersebut ke badan mereka, dan mereka akan membasuh darah tersebut dengan susu. Selepas itu perarakan besar- besaran akan diadakan, dengan dua remaja ini sebagai ketua, yang akan melaui jalan-jalan. Dua remaja ini akan memiliki helaian-helaian kulit dan mereka akan memukul sesiapa yang merimtangi jalan mereka. Wanita-wanita Rom akan menyambut pukulan-pukulan ini, kerana mereka mempercayai bahawa ia dapat mencegah atau menyembuhkan ketidak-suburan.

Perkaitan Saint Valentine dengan perayaan ini

Saint Valentine adalah satu nama yang diberikan kepada dua “syahid” purba gereja Kristian. Dikatakan bahawa mereka terdiri dari dua individu, ataupun Cuma seorang, yang mati di Rom sebagai kesan dari pembunuhan ketua Gothic Cladius 296 CE. Pada 350 CE, satu gereja telah dibina di Rom di tapak di mana dia mati, sebagai tanda memori.

Apabila orang-orang Rom memeluk Kristian, mereka masih menyambut Festival Cinta di atas, tetapi mereka menukarnya dari konsep pagan “cinta spiritual” kepada konsep lain yang dikenali sebagai “syahid cinta”, diwakili oleh Saint Valentine yang telah menyokong cinta dan keamanan, yang telah menyebabkannya “syahid”, sebagaimana dakwaan orang-orang Kristian. Ia juga dikenali sebagai Hari Kekasih, dan Saint Valentine dikatakan sebagai penaung saint kekasih.

Salah satu daripada kepercayaan mereka yang berkaitan dengan festival ini ialah nama gadis-gadis yang telah mencapai umur perkahwinan mereka di atas kertas bergulung dan diletakkan di dalam pinggan kecil di atas meja. Kemudian pemuda- pemuda yang ingin berkahwin akan dipanggil, dan setiap dari mereka akan mengambil kertas tersebut. Dia kemudiannya akan berkhidmat dengan gadis yang namanya tertulis di atas kertas tersebut bagi tempoh setahun, agar mereka dapat saling berkenalan. Kemudian mereka akan berkahwin, atau mengulangi prosees yang sama pada hari festival berikut di tahun yang berikutnya.

Paderi-paderi Kristian bereaksi menentang tradisi ini, di mana mereka mengatakan bahawa ia memberikan kesan yang buruk terhadap moral pemuda-pemudi. Ia telah diharamkan di Itali, di mana ia telah dikenali ramai, dan kemudiannya diamalkan semula pada abad ke 18 dan 19, apabila terdapat di sesetengah negara- negara Barat kedai-kedai yang menjual buku-buku kecil yang dipanggil “Valentine’s books”, yang mengandungi syair-syair cinta, bagi sesiapa yang ingin memberi ucapan kepada kekasih mereka. Ia juga mengadungi cadangan dan panduan dalam menulis surat cinta.

Telah juga dikatakan berkenaan sejarah permulaan sambutan ini apabila orang- orang Kristian memeluk Kristian, selepas Kristian meluas, maharaja Rom Caludius II menetapkan pada abad ketiga CE bahawa soldadu-soldadu tidak dibenarkan berkahwin, kerana perkahwinan akan mengalihkan tumpuan mereka di dalam peperangan. Penetapan atau undang-undang ini telah ditentang kuat oleh Saint Valentine, yang telah melangsungkan perkahwinan bagi soldadu-soldadu tersebut secara rahsia. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan maharaja, baginda telah memenjaranya dan menjatuhkan hukuman bunuh. Di dalam penjara, dia (Saint Valentine) telah jatuh cinta dengan anak perempuan si pemenjara, tetapi ini adalah rahsia kerana di dalam undang-undang Kristian, paderi dan pendeta dilarang berkahwin atau jatuh cinta. Namun dia tetap disanjung oleh orang-orang Kristian kerana pendiriannya dan pegangannya yang kukuh terhadap agama Kristian apabila maharaja menawarkan untuk mengampunkannya jika dia meninggalkan Kristian dan menyembah Tuhan-Tuhan Rom; kemudian dia akan menjadi salah seorang pengikutnya yang rapat dan baginda akan menjadikannya sebagai menantunya. Akan tetapi Valentine menolak tawaran baginda dan lebih cenderung kepada Kristian, dan kerana itu dia telah dihukum bunuh pada 14 Februari 270 CE, pada dinihari Februari 15, Festival Lupercalis. Oleh itu hari ini dinamakan sempena saint ini.

Di dalam Story of Civilization, dikatakan bahawa pihak gereja telah membuat satu kalender di mana setiap hari diperuntukkan sebagai hari perayaan salah satu daripada saint-saint. Di England, Hari Saint Valentine adalah pada penghujung musim sejuk. Apabila hari tersebut datang, menurut mereka, burung- burung mengawan di dalam hutan, dan pemuda-pemuda akan meletakkan bunga-bunga di tingkap-tingkap rumah gadis-gadis yang mereka cintai. (The Story of Civilization by Will Durant, 15/23)

Pope memperuntukkan hari kematian Saint Valentine, Februari 14, 270 CE, sebagai festival cinta. Siapa Pope? Dia adalah “arcbishop, ‘mufti’ terhebat gereja sedunia, waris bagi Saint Peter.” Lihatlah kepada “arcbishop” ini dan bagaimana dia menetapkan bagi mereka perayaan ini, yang merupakan rekaan baru di dalam agama mereka. Ini mengingatkan kita pada firman Allah s.w.t. (yang bermaksud):-

“Mereka (Yahudi dan Kristian) mengambil guru-guru dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan mereka selain Allah (dengan mematuhi mereka di dalam perkara yang mereka jadikan halal atau haram mengikut kehendak mereka tanpa diarahkan oleh Allah)…[at-Tawbah 9:31]

Telah diriwayatkan bahawa ‘Adiy ibn Hatim said: “Aku telah datang kepada Nabi s.a.w. dengan memakai salib emas di leherku. Baginda bersabda, ‘Wahai ‘Adiy, buangkan simbol ini.’ Dan aku mendengar baginda membaca dari Surah Baraa’ah [al- Tawbah] (yang bermaksud): ‘Mereka (Yahudi dan Kristian) menjadikan guru-guru mereka dan paderi-paderi mereka sebagai Tuhan selain Allah.’ Baginda bersabda: ‘Mereka tidak menyembah mereka, tetapi apabila mereka menghalalkan sesuatu mereka halalkan, dan apabila mereka mengharamkan mereka sesuatu mereka haramkan.’ (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan ia adalah hadith hasan)

Antara Simbol-Simbol Penting Perayaan ini

1- Menunjukkan rasa gembira pada perayaan ini, sebagaimana di dalam festival-festival utama mereka yang lain.

2- Menukar ros merah, yang merupakan luahan rasa cinta, “cinta spiritual” orang-orang pagan ataupun “cinta” orang-orang Kristian. Oleh kerana itu ia dikenali sebagai Festival Kekasih.

3- Menghantar kad-kad ucapan. Pada sesetengah kad-kad ini terdapat gambar “Cupid”, yang seperti seorang kanak-kanak dengan dua sayap, membawa busar dan anak panah. Ini merupakan dewa cinta di kalangan pagan-pagan Rom-Maha Suci Allah, jauh dari segala kepalsuan mereka dan penyengutuan mereka terhadap Allah.

4- Menukar kata-kata cinta dan keinginan di dalam kad-kad ucapan yang mereka hantar kepada satu sama lain, di dalam ayat, prosa dan frasa ringkas. Sesetengah kad mengandungi gambar-gambar komik dan lawak jenaka, dan ia selalunya mengandungi ungkapan ‘jadilah Valentineku’. Ini mewakili konsep Kristian tentang festival ini setelah ia diambil dari konsep pagan.

5- Di kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut dan pada waktu petang, di mana berlaku percampuran lelaki dan perempuan, dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada si isteri, kawan-kawan dan sesiapa yang mereka cintai.

WA.

Sunday, March 12, 2006

13 FEB 2006 - Bayi 24 hari boleh bercakap

JAKARTA: Sekumpulan ulama dan penduduk sebuah perkampungan di Jawa Timur,
gempar selepas seorang bayi lelaki berusia 24 hari didakwa boleh bercakap,
termasuk membaca ayat suci al-Quran.

Rumah bayi itu turut dikunjungi ribuan penduduk sejak berita keajaibannya
itu tersebar luas.

Akhbar Republika melaporkan semalam, bayi berkenaan yang diberi nama Ahmad
Khotib adalah anak pasangan Safuri, 40, dan Mariyatun, 25, yang berasal
dari Desa Pandiangan di Madura, Jawa Timur.

Dia yang dilahirkan dengan keadaan fizikalnya sempurna dan cukup sembilan
bulan dalam kandungan ibunya, mengejutkan ramai dengan keupayaannya
membaca ayat suci pada malam Khamis, lalu.

“Sebelum itu, dia menangis seperti kesakitan dan tidur kira-kira jam 12
malam. Tetapi dua jam kemudian, dia terjaga sambil menyebut sepotong ayat
suci yang pernah diucapkan Nabi Isa. Ayat itu diulangi sehingga tiga
kali,” kata bapanya yang ditemui agensi berita rasmi, Antara.

Ulama tempatan yang juga pengajar sekolah agama Sampang, Abdul Malik
berkata, peristiwa itu pernah dialami Nabi Isa dan kalimah yang diucapkan
bayi unik itu, juga sama.

“Kalimah itu adalah pengakuan Nabi Isa mengenai kebenaran ajaran Islam.
Kejadian yang menimpa anak pasangan suami isteri itu adalah tanda-tanda
kebesaran Allah,” katanya.

Pendapatnya itu turut dikongsi seorang lagi guru agama, Syed Sayyidi.

"Itu kebesaran Allah kerana kalimah yang diucapkan itu mengenai tindakan
menzalimi orang Islam.” - Agensi

Saturday, February 18, 2006

"If you are willing to do only what's easy, life will be hard.

But if you are willing to do what's hard, life will be easy"

Sunday, November 27, 2005

ANTARA RACUN & PENAWAR

Imam Al-Ghazali, 'Malas racun paling berbisa,rajin penawar paling mujarab'.

Tuesday, October 11, 2005

Winners versus Losers

The Winner is always part of the answer;The Loser is always part of the problem.

The Winner always has a program;The Loser always has an excuse.

The Winner says, "Let me do it for you";The Loser says, "That is not my job".

The Winner sees an answer for every problem;The Loser sees a problem for every answer.

The Winner says, "It may be difficult but it is possible"The Loser says, "It may be possible but it is too difficult".

When a Winner makes a mistake, he says, "I was wrong":When a Loser makes a mistake, he say, "It wasn't my fault".

A Winner makes commitments;A Loser makes promises.

Winners have dreams.Losers have schemes.

Winners say, " I must do something";Losers say, "Something must be done".

Winners are a part of the team;Losers are apart from the team.


Winners see the gain;Losers see the pain.

Winners see possibilities;Losers see problems.

Winners believe in win/win;Losers believe for them to win someone has to lose.

Winners see the potential;Losers see the past.

Winners are like a thermostat;Losers are like thermometers.

Winners choose what they say;Losers say what they choose.

Winner use hard arguments but soft words;Losers user soft arguments but hard words.


Winners stand firm on values but compromise on petty things;Losers stand firm on values but compromise on values.

Winners follow the philosophy on empathy: "Don't do to others what you would not want them to do to you";
Losers follow the philosophy, "Do it to others before they do it to you."

Winners make it happen;Losers let it happen.

Winners plan and prepare to win.
Winners don't do different things; they do things differently.

Source : You Can Win by Shiv Khera

YOU'RE RIGHT

Whether you believe you can do a thing or not, you're right.
-Henry Ford


PERANCANGAN
Peribahasa Cina ada mengatakan jikalau perancangan untuk setahun, kita perlu menanam padi. Jikalau perancangan kita untuk bertahun-tahun, kita perlu menanam pokok-pokok. Tetapi jika perancangan kita untuk berkurun-kurun, kita perlu mengusahakan kejayaan manusia. Dengan cara inilah kita akan terus dapat berkembang dengan pesat bersama-sama. Kita akan terus maju dan berjaya selamanya.

Saturday, October 08, 2005

ADA EMPAT JENIS INSAN IAITU:

Insan yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu, itulah orang yang lalai. Oleh itu berilah mereka peringatan.

Insan yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu tinggalkan mereka.

Insan yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu; itulah orang yang jahil. Oleh itu ajarkanlah mereka.

Insan yang tahu dan tahu bahawa dia tahu; itulah orang yang berilmu. Oleh itu ikutilah mereka.

-Al Khalil ibni Ahmadal Farahidi




Saturday, October 01, 2005